Sunday, September 18, 2011

Meluah Perasaan Terkena Tempat


Satu hari tu, time kelas fizik, aku meluahkan masalah aku kat sorang minah ni. Bukan masalah negara, tapi masalah pelajaran. Dia ni budak aliran agama, aku ni pulak budak tekikal, segan nak cakap dengan dia. Aku ada masalah dengan add math, memanjang failed je. Dia kata add math senang. Hmm.. kalaulah aku boleh kata macam tu. Bila cikgu nak start mengajar, aku pergi lah duduk kat tempat aku. Tiba-tiba, minah tu datang, pas note kat aku..

Beli Keychain kat Central Market (CM)

Aku rindu gila kat akak keychain tu. Penat aku gelak melayan dia. Lepas aku siap order keychain tu, aku jalan-jalan lah sekitar CM. Dapat lah aku belikan Najwa secondhand.
yang biru tu aku punya, hitam najwa punya (Nokia 1280)

Lepas tu, aku lepak kat Restoran Es Teler77 (Juara Indonesia). Aku makan mie ayam pedas spesial. Macam biasa, pedas tu tak boleh tinggal. Cuba korang terbalikkan ejaan pedas tu, kan sedap jadinya.
mie ayam pedas spesial
Lepas makan, keluar je dari restoran tu, aku nampak pula gerai keropok lekor 'Leko-Leko (Keropok Lekor Terengganu)'. Spend lah RM5.00. Quite murah sebab mayonis yang dia letak sangat lah banyak. Beli dua bungkus. Satu untuk aku, satu untuk akak keychain. Saja nak belanja dia.
sedap kot keropok lekor ni. lembut~
Lepas tu, aku pergi balik kedai souvenir tu. "Awi, baru pukul 12.20 lah. Lagi sepuluh minit". Sebenarnya, aku just nak hantar keropok lekor tu. Belum puas pusing kat Central Market. Huhu, akak keychain suka, aku pun gembira. Lepas aku hulur keropok lekor tu, aku pusing-pusing bahagian dalam Central Market. Mencari kedai software yang biasa aku pergi. Tapi tak jumpa. Mungkin kedai tu dah pindah.

Lepas 10 minit, aku pergi semula kedai akak keychain. Dia tengah hias something. Dia tanya nama aku. Lepas tu, dia tulis nama aku kat atas benda tu. Sangatlah comel. Lepas selesai urusan, aku balik dengan hati yang gumbira!!!
antara keychain yang aku beli, semuanya sepuluh



ni dia yang aku kata comel tu. akak keychain tu bagi hadiah
nama aku tertulis atas benda comel tu
ada ucapan kat bawahnya. 'terima kasih, lenyapkan mimpi ngeri kenangan pahit biarlah berlalu pergi'


*apa lah nama akak tu eh?
*kalau tak silap, ni dah kali ke empat aku beli souvenir kat kedai akak keychain

Saturday, September 3, 2011

Adik-beradik Tidak Baik Bergaduh

Tadi, masa makan dengan mak dan abah, borak pasal keluarga. Dah jadi macam sesi luahan perasaan. Tak puas hati itu ini.

Abah pesan:
"Korang adik-beradik tak ramai, tak payahlah bergaduh"
"Masing-masing ada ego sendiri"
"Ego kau lain, ego abang kau lain"
"Masing-masing nak menang"
"Tak berfaedah pun bergaduh"

Jadi, dengan rasminya. Saya, Muhammad Zawawi bin Ramli, nak minta maaf kat abang-abang awie. Awie dah banyak buat salah. Terlalu ikutkan hati. Tak berfikir dahulu sebelum bertindak.

Itu saja. Selamat Hari Raya. 'Kbye<-------jadi trend kat facebook'

Thursday, September 1, 2011

Best Betul Pakai Blackberry ni - Bold 9900/9930

Sejak aku beli Blackberry Curve 8520 secondhand kat Wangsa Walk, aku baru sedar bahawa mudahnya bersosial menggunakan Blackberry. Tak payah tunggu ada wi-fi dah boleh online. Nak chat guna Yahoo Messenger, Windows Live Messenger, Google Talk, tak payah tunggu ada komputer. Nak melayari laman sosial seperti Facebook, Myspace, dan Twitter pun mudah. Terdapat aplikasi yang disediakan untuk kemudahan tersebut.

Baru-baru ini, Blackberry Research in Motion melancarkan model terbaharu. Model ini diberi nama Bold 9900 dan Bold 9930. Bila aku tonton video berkaitannya di Youtube, aku rasa, aku inginkannya. Model Bold ini menandingi model Torch yang sememangnya gah bagi pengguna Blackberry. Di bawah ini disertakan ciri-ciri model Bold 9900-9930

Liquid Graphics
Reach out and touch your smartphone like never before, swiping, pinching and zooming on the Liquid Graphics™ touch screen. Together with a 1.2 GHz processor, and a 24-bit high-res display, Liquid Graphics gives you fluid animations and instant response times.

The Thinnest BlackBerry Smartphone Yet
With an elegantly brushed stainless steel frame, sculpted surfaces and advanced composite backing, the BlackBerry® Bold™ 9900/9930 smartphones are as lightweight and durable as they are feature-packed.

Superior Performance
Fast and Powerful
Faster loading, faster scrolling, faster zooming. It's the fastest BlackBerry experience to date. The premium BlackBerry Bold 9900/9930 smartphones feature the most powerful engine ever in a BlackBerry smartphone.
Boldly go anywhere
Move from home to the coffee shop to the airport and to the office without missing a beat while connecting to Wi-Fi® hotspots wherever they're available.

BlackBerry 7 OS
Breakthrough technologies BlackBerry® 7 is the next generation BlackBerry OS, packed with powerful new features and innovative apps. Augmented reality introduces exciting new ways to interact with the world around you, and with Near Field Communication1 (NFC) built-in, you can connect with other NFC-enabled devices and smart tags.
A balancing act When you're done with work, turn your attention to the weekend - your BlackBerry Bold smartphone switches gears right with you. With BlackBerry® Balance™ technology, your work life and private life never mix—letting you use your BlackBerry smartphone for whatever life throws at you.

Capture life in HD
Inspiring, special and funny moments happen on the fly. Capture it all with 720p HD video recording and an impressive 5 MP camera.

Works the way you do
You're a natural-born multitasker, and so is your BlackBerry® smartphone. Whatever you're busy doing, all of your messages, updates and notifications keep coming through. Easily bounce from one thing to another—all at once.


Rekaan
Ketinggian    :4,53 / 115 mm
Lebar           :2,60 / 66 mm
Kedalaman   :0,41 / 10,5 mm
Berat            :4,59 oz / 130 g
Paparan Pintar Sentuh
VGA 640 x 480 resolusi tinggi
287 ppi
TFT LCD
2.8 "(diukur secara menyerong)
paparan 24-bit

Prestasi Berkuasa
Pemproses: QC 8655 1.2GHz

Ruang Untuk Digunakan
Memori: 768MB RAM, 8 GB eMMC
Memori boleh ditambah: Sehingga 32 GB uSD kad (pilihan)

Menaip Dan Memandu Arah Dengan Mudah
Kapasitif skrin sentuh
Trackpad optik
Kekunci ESC di sebelah kanan trackpad
Kekunci menu di sebelah kiri trackpad
35 papan kekunci bercahaya belakang
Kekunci berdedikasi: menghantar, suis (kuasa), menu, keluar, kamera (boleh diubah ikut kesesuaian pengguna, kemudahan kekunci), menambah/mengurangkan kelantangan (ke hadapan/undur untuk media, zoom untuk kamera), mute (main/jeda untuk media), kunci (bahagian tengah atas)

Mengambil Gambar Dengan Keyakinan
5 MP kamera
Rakaman video HD (720p)
4X Zoom Digital
Flash
Pengesanan muka dan Penstabilan Imej
Geo-tagging
Sifar pengatup sela masa
Pelbagai adegan mod

Jika Dicas Penuh
1230 mAh boleh ditanggalkan/bateri litium-ion boleh dicas semula

9930
CDMA masa berbual    : sehingga 6.6 jam
CDMA masa siap sedia    : sehingga 12.8 hari
GSM masa berbual    : sehingga 6.3 jam
GSM masa siap sedia    : sehingga 12.8 hari
UMTS masa berbual    : sehingga 5.9 jam
UMTS masa siap sedia    : sehingga 12.8 hari
Audio            : sehingga 50 jam
Video            : sehingga 7.4 jam

9900
GSM masa berbual    : sehingga 6.3 jam
GSM masa siap sedia    : sehingga 12.8 hari
UMTS masa berbual    : sehingga 5.9 jam
UMTS masa siap sedia    : sehingga 12.8 hari
Audio            : sehingga 50 jam
Video            : sehingga 7.4 jam

Sambungan Segera
Komunikasi Medan Hampir
Mod: aksesori berpasangan dan pembaca/penulis tag pintar

Berani ke mana-mana
Wi-Fi: 802.11 2.4 GHz b/g/n, 5GHz a/n
Wi-Fi® akses kepada BlackBerry® Enterprise Server
Akses Wi-Fi untuk BlackBerry® Internet Bundle
Melayari web IP menerusi Wi-Fi

Mencari Jalan
GPS bersepadu
termasuk BlackBerry® Maps

Kemegahan Muzik & Video
format video : .mp4, .m4a, .3gp, .m4v, .avi, .asf, .wmv
format audio : .mp4, .m4a, .3gp, .m4v, .avi, .asf, .wma, .mp3, .flac, .ogg, .aac, .amr, .wav, .mid
format gambar : .bmp, .jpg, .gif, .png, .tif, .wbmp
okey, penat dah guna google translate. hehe..

bagi pengguna maxis yang ingin mendapatkan Bold 9900/9930 ni, bolehlah ikuti link ini (klik sini)
bagi pengguna celcom pula (klik sini)
bagi pengguna digi pula (klik sini)

Tuesday, July 5, 2011

Perginya Nenek yang Aku Sayangi


Junior: Abang Awi, parent abang datang kat pos pengawal tu. Pergilah cepat.
Aku:    Ko jangan main-main. Tak kan lah parent abang datang malam-malam ni.

Aku just terfikir mungkin parent aku datang untuk hantar barang-barang yang aku pesan.

Junior: Betul bang. Kitorang tak tipu. Tapi abang sabar ye. Kat dunia ni banyak dugaan.

Aku dah fikir bukan-bukan. Tanpa menoleh, aku berlari anak ke pos pengawal. Terserempak dengan Cikgu Aini, dia tegur.

Cikgu Aini:     Zawawi, bila kakak awak nak datang? Tadi dia kata nak datang ambil awak. Eh, awak tak tahu cerita lagi eh? Nenek awak meninggal.

Aku hanya dapat balas. “inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un”

 

Cikgu Aini:     Mana kad PB awak, cikgu nak tandatangan.

 

Kebetulan pulak time tu, buku PB aku kat Cikgu Hisham.

 

Aku:                Alamak cikgu, kad PB  saya ada kat Cikgu Hisham lah.

Cikgu Aini:     Tak apa. Awak bagi kertas. Cikgu tuliskan surat pengesahan.


Lepas selesai berurusan dengan Cikgu Aini, aku terus ke pos pengawal. Jumpa kereta abah, tapi tak ada orang. Aku keluarkan handphone aku, nak call abah. Tuptup, ada orang jerit nama aku. Sekali pandang, memang aku tak kenal. Gelap. Bila orang tersebut datang dekat baru aku dapat cam. Abang Azam, Abang Izul dan Som. Lepas beberapa urusan, kitorang mulakan perjalanan pulang dalam pukul 11.00 malam.

 

Dalam kereta aku hanya mampu menahan air mata aku daripada mengalir. Melayan lagu-lagu yang berkumandang dari radio Hitzfm. Sebenarnya, aku dah lama homesick. Dah lebih seminggu. Aku rindu rumah. Entah lah, seperti ada yang tak kena. Apa yang dibuat semua tak kena. Mood nak belajar pun tak ada. Masa nenek sakit, aku pernah suap dia. Tolong mak mandikan nenek. Urutkan nenek.

 

aku dan nenek semasa aku kecil

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai. Dalam pukul 1.00 pagi. Aku salam semua tetamu yang ada kat rumah. Sangat ramai. Masuk ke rumah. Aku terus terlihat satu jasad terbujur kaku. Nampak mak, terus aku salam. Cuba menahan air mata daripada mengalir, tapi tak ku mampu. Mengalir laju tanpa sebarang sekatan. Mak tanya, nak tengok muka nenek? Aku hanya menggeleng. Aku tak mahu tangisan aku berterusan.

 

Aku ambil Yassin, aku bacakan untuk nenek di sebelah jasadnya. Semasa aku baca, ada orang selak kain untuk melihat muka nenek. Pergh.. automatik air mata aku laju je mengalir. Terus berhenti baca Yassin. Malam tu, aku tidur lambat. Tak dapat nak tidur. Dalam pukul 4 baru dapat tidur.

 

Keesokannya, ramai tetamu datang ke rumah aku. Aku tolong menguruskan jenazah untuk dimandikan. Aku dan abang aku angkat nenek ke tempat mandian. Terasa badan nenek ringan, tak seperti sebelum ni. Sementara tu, tetamu di luar bacakan Yassin. Aku dapat sembahyang jenazah. Nasib baik sempat. Lepas tu, aku iringi jenazah ke kubur. Aku drive kereta Kembara mak aku. Ingatkan ramai nak tumpang, rupanya semua nak naik kereta sendiri.

 

Masa kat kubur, aku tak berhenti menangis. Itu lah kali terakhir aku dapat lihat wajah nenek aku. Wajahnya cengkung. Terbayang kenangan-kenangan lalu bersama nenek. Selesai urusan pengkebumian nenek, sedara mara yang lain melawat kubur sedara mara diorang.

 

*sori lah kalau ayat aku tunggang langgang. penat sangat time menaip ni.

*dah tak tahu nak ayat camana

Friday, June 24, 2011

Tanggungjawab Sebagai Ibu Bapa

Tiba-tiba aku tergerak untuk menulis berkaitan tanggungjawab ibu bapa ni.. khas untuk panduan Abang Zaki dan Kak Mary yang akan mendapat anak pertama tidak lama lagi, dan amnya untuk semua pasangan ibu bapa di dunia ini..

Abang Zaki dan Kak Mary

Semasa Mengandung

  1.  Ibu bapa hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan perkara maksiat
  2.  Ibu bapa wajib menunaikan kewajipan agama dan bersabar serta melazimi membaca Al-Quran
  3. Bapa hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan berdoa supaya dikurniakan anak yang soleh
  4. Bapa bertanggungjawab memastikan keselamatan isteri dan kandungannya
  5. Ibu dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa sebagaimana dinasihatkan oleh ahli perubatan
  6. Ibu perlu mengawal sistem pemakanan secara seimbang dan mestilah berasal daripada sumber yang halal
  7. Ibu hendaklah banyak berehat untuk mengelak daripada berlaku tekanan perasaan.

Selepas Melahirkan Anak

·         Tanggungjawab terhadap bayi yang baru lahir, ibu bapa disunatkan untuk..
1.       Azan dan iqamat di telinga bayi
2.       Mentahnik – memasukkan buah tamar atau buah-buahan lain yang manis kebahagian atas mulut (lelangit) bayi
3.       Menamakannya dengan nama yang baik
4.       Mencukur rambutnya
5.       Memberi sedekah sekadar nilai emas atau perak yang sama berat dengan timbangan seluruh rambutnya
6.       Melakukan aqiqah dengan menyembelih kambing atau ternakan al-an’am

*sumber: buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5..

Sebenarnya banyak lagi, tetapi ini antara yang penting.. awi doakan abang Zaki dan Kak Mary dapat anak yang soleh/solehah..

Wednesday, June 22, 2011

Blogku Berhabuk


Lama dah tak update blog ni.. tak ada masa nak usik.. kalau diikutkan, macam-macam yang aku nak ceritakan..

Nantikan… aku ingin menulis berkaitan TANGUNGJAWAB KEIBUBAPAAN.. khas untuk kakak dan abangku yang akan mendapat anak pertamanya tidak lama lagi..