Friday, January 13, 2012

Saya Support Kawan-kawan Saya

*post kali ni agak emo sikit.

siapa lah yang tak sayang kawan kan? saya sayang semua kawan saya. saya support apa yang mereka buat (yang positif je lah). i try to do the best to support them. pendek kan cerita lah..

ada sorang kawan saya ni nak masuk modelling. bila saya dengar berita tu, saya terasa bangga sebab ada kawan yang berkebolehan macam dia. saya pun tolong dia, support dari belakang. masa dia nak apply modelling tu, saya ajak dia guna internet kat rumah saya sebab masa tu internet kat mcd (tempat biasa kitorang lepak) bermasalah.

dengan menggunakan laptop saya, internet rumah saya, dia apply modelling tu. most of the picture attached in the email pun saya yang pilih kan. tapi, saya agak terasa bila dia post ni kat wall dia...

dia tak mention nama saya dalam post tu. agak terasa lah. again saya cakap, TERASA SEPERTI DIPERGUNAKAN!

*kepada kawan saya yang diceritakan kat atas ni, jangan ambil hati, aku cuma melayan perasaan je. aku ni kuat merajuk. sori..

Saturday, January 7, 2012

Meluah Perasaan: Terasa Seperti Dipergunakan

Saya sayang kawan-kawan saya. Saya suka tolong mereka. Tapi, tak semua lah yang saya mampu tolong. Kadang-kadang saya terasa seperti dipergunakan. Abang saya selalu pesan, "kalau nak tolong orang tu boleh, tapi berpada-pada. Jangan sampai kita dipergunakan".

Alhamdulillah saya ada pelbagai kemahiran. Kemahiran yang tidak diluluskan oleh mana-mana universiti. haha.. Memanglah saya tak cakap yang saya perlukan bayaran bagi setiap khidmat yang saya buat. Tapi tolonglah faham. Kalau hantar kedai, RM50 pun kadang-kadang tak cukup. Itupun kalau berkaitan komputer atau handphone lah. Kalau bab minyak kereta, lagi lah.. Dah banyak melabur. Tolong kawan hantar sana, hantar sini.

Tak bermakna aku nak bayaran tu. Bayarlah dengan apa yang mampu. Belanja makan ke, wayang ke, top-up ke, apa-apa aje lah. Yang penting ikhlas. Kalau setakat terima kasih, dah bosan dengar. Bukan nak berlagak, tapi ni lah namanya luahan hati.

*menaip dengan hati yang pasrah.

hihi. mereka memahami :)

Tuesday, January 3, 2012

Bawah 12 Tahun Dilarang Masuk


lepas saya solat zohor semasa kerja semalam, ada sorang pakcik tunggu di kaunter, nak print katanya. saya pun ambillah pendrive dia. sumbat kat komputer. lalu, bermulalah perbualan antara kami berdua.

pakcik   : abang ni baru kerja ke?
saya     : a,ah cik. mula sabtu lepas, dah tiga hari lah kerja kat sini.
pakcik   : ha, print dokumen tu, 'surat tuntutan ketua kampung'
saya     : ???
pakcik   : abang nampak tak kat pintu tu ada tulis apa?
saya     : yang '12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk' tu ke cik?
pakcik   : ha. abang nampak tak budak-budak tu? kenapa bagi diorang masuk?
saya     : (speecless)
pakcik   : nanti cakap dengan diorang, tak faham bahasa betul.
saya     : 60sen cik.
pakcik   : (hulur duit, lalu pergi begitu saja)

bagi saya lah kan, apa lah salahnya budak-budak bawah 12 tahun duduk dalam cc ni. diorang bukannya boleh guna komputer dalam ni. diorang just temankan kawan diorang. budak yang boleh guna komputer dalam cc ni perlukan akaun. dan dalam akaun tersebut perlukan no kad pengenalan.

mereka juga perlukan hiburan. just think positive lah, diorang nak guna komputer mungkin diorang ada kerja rumah. assignment yang cikgu bagi untuk cuti akhir tahun. buat folio ke, apa ke. kalau diorang nak main game pun apa salahnya? itu saja pendapat saya. sekian.