Tuesday, January 3, 2012

Bawah 12 Tahun Dilarang Masuk


lepas saya solat zohor semasa kerja semalam, ada sorang pakcik tunggu di kaunter, nak print katanya. saya pun ambillah pendrive dia. sumbat kat komputer. lalu, bermulalah perbualan antara kami berdua.

pakcik   : abang ni baru kerja ke?
saya     : a,ah cik. mula sabtu lepas, dah tiga hari lah kerja kat sini.
pakcik   : ha, print dokumen tu, 'surat tuntutan ketua kampung'
saya     : ???
pakcik   : abang nampak tak kat pintu tu ada tulis apa?
saya     : yang '12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk' tu ke cik?
pakcik   : ha. abang nampak tak budak-budak tu? kenapa bagi diorang masuk?
saya     : (speecless)
pakcik   : nanti cakap dengan diorang, tak faham bahasa betul.
saya     : 60sen cik.
pakcik   : (hulur duit, lalu pergi begitu saja)

bagi saya lah kan, apa lah salahnya budak-budak bawah 12 tahun duduk dalam cc ni. diorang bukannya boleh guna komputer dalam ni. diorang just temankan kawan diorang. budak yang boleh guna komputer dalam cc ni perlukan akaun. dan dalam akaun tersebut perlukan no kad pengenalan.

mereka juga perlukan hiburan. just think positive lah, diorang nak guna komputer mungkin diorang ada kerja rumah. assignment yang cikgu bagi untuk cuti akhir tahun. buat folio ke, apa ke. kalau diorang nak main game pun apa salahnya? itu saja pendapat saya. sekian.

3 comments: