Monday, January 31, 2011

Aku Keliru, Aku Buntu

korang pernah terfikir tak pasal nak lanjutkan pelajaran lepas SPM. Sama ada nak sambung belajar dalam negara atau luar negara. Ya, itulah yang aku sedang fikirkan. Banyak perkara yang berkait bila fikir pasal masalah aku ni.

belajar oversea
Aku teringin sangat nak belajar kat oversea tu. Cikgu-cikgu kat sekolah selalu bangga-banggakan ex-students yang dapat lanjutkan pelajaran diorang ke oversea. Dan, aku rasa peluang kerjaya aku lebih cerah kalau aku sambung belajar kat luar negara. Tapi, bila fikir dari sudut lain, aku tolak sekeras-kerasnya untuk belajar kat luar negara. Korang ada baca surat khabar semalam? Pasal rusuhan pelajar kat Mesir tu? Aku takut jika perkara sebegitu berlaku.

belajar dalam negara
Mungkin ini cara terbaik. Faktor utama yang menyebabkan aku fikir untuk belajar dalam negara ialah keluarga. Ya, aku anak bongsu, anak terakhir daripada tiga orang adik beradik. Aku mesti jaga mak abah aku. Kedua-dua abang aku dah berkeluarga. Mesti diorang sebuk untuk mengurus keluarga diorang. IPTA kat sini pun dah setanding dengan unversiti kat luar negara tu..

ni baru sentuh pasal nak sambung belajar kat mana, belum lagi bercakap pasal kerjaya dan course yang nak dipilih. kalau korang ada apa-apa cadangan, sila tinggalkan komen..

Sunday, January 30, 2011

Sebulan Sebagai Pelajar Tingkatan 5

Yup, bergelar sebagai calon SPM sangat memenatkan. Kelas dari pagi sampai ke petang, sambung lagi pada waktu malam. Cuti Tahun Baru Cina barulah sempat aku nak belek-belek blog ni. Kat bawah ni antara perkara menarik yang aku nak kongsi..

dorm yang sangat bahagia
Aku bergerak ke asrama sambil menarik bagasi aku yang berat seperti diisi dengan batu-bata dengan harapan aku dapat dorm paling atas. Mungkin orang bertanya, "kenapa nak dorm paling atas? kan penat nak panjat tangga tu". Bagi aku tak penat, sebab aku ni jenis yang tidak suka bersukan, jadi aku gunakan tangga tu sebagai medium untuk aku keluarkan peluh. Hehe.. Bila aku sampai kat lobi asrama, aku cek nama aku dalam senarai yang ada. Dalam hati berkata, "huh! dapa dorm paling bawah (Harmoni 1)? OMG! aku taknak". Cover muka sikit sebab time tu ramai parents lepak kat lobi asrama. lepas tu, aku angkatlah barang-barang aku tu ke dorm aku. Nasib baik tak jauh. Ahaks.. Lepas beberapa hari, baru aku tau yang aku disumbatkan ke dalam 4 dorm paling bawah sebab aku dilabel pelajar bermasalah. Ahah, satu dorm semua pelajar bermasalah, best tak? Perghh, bagi aku best gila kot, semua sekepala..

dalam kelas yang sempoi
Ermm.. kebiasaannya, kelas pertama akan dimulakan dengan sesi perkenalan bukan? Tapi, kelas aku, dimulakan dengan nada tinggi oleh cikgu. Yup, cikgu marah. Kitorg masuk lambat ke kelas. Hehe.. Dalam kelas, aku duduk kat barisan paling depan tepi tingkap menghadap ke kantin. Itu mungkin ujian paling besar bagi aku. Kadang-kadang time cikgu sedang mengajar, aku terhidu masakan acik kantin tu, perghh.. Secara automatik aku menoleh ke kantin. Termenung. Sambil-sambil tu usha awek kat bawah. Huhu..

kiambang bertaut form 1
Majlis untuk pelajar form 1 menunjukkan bakat diorang sebagai penutup sesi orientasi. Malam tu, aku dengan rela hati bertugas sebagai photographer. Heh, penat gila kot~ Yang paling best, bila Abang Wafi bagi pinjam dia punya DSLR. Nikon D7000. Aku punya lah gembira. Terasa seperti potographer profesional pula. Hehe.. Mula pada malam tu juga. sekolah aku diserang histeria. Uh, menyeramkan.

*dah kering idea nak tulis apa. nanti aku sambung lagi bila ada idea..