Monday, January 31, 2011

Aku Keliru, Aku Buntu

korang pernah terfikir tak pasal nak lanjutkan pelajaran lepas SPM. Sama ada nak sambung belajar dalam negara atau luar negara. Ya, itulah yang aku sedang fikirkan. Banyak perkara yang berkait bila fikir pasal masalah aku ni.

belajar oversea
Aku teringin sangat nak belajar kat oversea tu. Cikgu-cikgu kat sekolah selalu bangga-banggakan ex-students yang dapat lanjutkan pelajaran diorang ke oversea. Dan, aku rasa peluang kerjaya aku lebih cerah kalau aku sambung belajar kat luar negara. Tapi, bila fikir dari sudut lain, aku tolak sekeras-kerasnya untuk belajar kat luar negara. Korang ada baca surat khabar semalam? Pasal rusuhan pelajar kat Mesir tu? Aku takut jika perkara sebegitu berlaku.

belajar dalam negara
Mungkin ini cara terbaik. Faktor utama yang menyebabkan aku fikir untuk belajar dalam negara ialah keluarga. Ya, aku anak bongsu, anak terakhir daripada tiga orang adik beradik. Aku mesti jaga mak abah aku. Kedua-dua abang aku dah berkeluarga. Mesti diorang sebuk untuk mengurus keluarga diorang. IPTA kat sini pun dah setanding dengan unversiti kat luar negara tu..

ni baru sentuh pasal nak sambung belajar kat mana, belum lagi bercakap pasal kerjaya dan course yang nak dipilih. kalau korang ada apa-apa cadangan, sila tinggalkan komen..

No comments:

Post a Comment