Friday, June 24, 2011

Tanggungjawab Sebagai Ibu Bapa

Tiba-tiba aku tergerak untuk menulis berkaitan tanggungjawab ibu bapa ni.. khas untuk panduan Abang Zaki dan Kak Mary yang akan mendapat anak pertama tidak lama lagi, dan amnya untuk semua pasangan ibu bapa di dunia ini..

Abang Zaki dan Kak Mary

Semasa Mengandung

  1.  Ibu bapa hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan perkara maksiat
  2.  Ibu bapa wajib menunaikan kewajipan agama dan bersabar serta melazimi membaca Al-Quran
  3. Bapa hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan berdoa supaya dikurniakan anak yang soleh
  4. Bapa bertanggungjawab memastikan keselamatan isteri dan kandungannya
  5. Ibu dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa sebagaimana dinasihatkan oleh ahli perubatan
  6. Ibu perlu mengawal sistem pemakanan secara seimbang dan mestilah berasal daripada sumber yang halal
  7. Ibu hendaklah banyak berehat untuk mengelak daripada berlaku tekanan perasaan.

Selepas Melahirkan Anak

·         Tanggungjawab terhadap bayi yang baru lahir, ibu bapa disunatkan untuk..
1.       Azan dan iqamat di telinga bayi
2.       Mentahnik – memasukkan buah tamar atau buah-buahan lain yang manis kebahagian atas mulut (lelangit) bayi
3.       Menamakannya dengan nama yang baik
4.       Mencukur rambutnya
5.       Memberi sedekah sekadar nilai emas atau perak yang sama berat dengan timbangan seluruh rambutnya
6.       Melakukan aqiqah dengan menyembelih kambing atau ternakan al-an’am

*sumber: buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5..

Sebenarnya banyak lagi, tetapi ini antara yang penting.. awi doakan abang Zaki dan Kak Mary dapat anak yang soleh/solehah..

Wednesday, June 22, 2011

Blogku Berhabuk


Lama dah tak update blog ni.. tak ada masa nak usik.. kalau diikutkan, macam-macam yang aku nak ceritakan..

Nantikan… aku ingin menulis berkaitan TANGUNGJAWAB KEIBUBAPAAN.. khas untuk kakak dan abangku yang akan mendapat anak pertamanya tidak lama lagi..