Tuesday, July 5, 2011

Perginya Nenek yang Aku Sayangi


Junior: Abang Awi, parent abang datang kat pos pengawal tu. Pergilah cepat.
Aku:    Ko jangan main-main. Tak kan lah parent abang datang malam-malam ni.

Aku just terfikir mungkin parent aku datang untuk hantar barang-barang yang aku pesan.

Junior: Betul bang. Kitorang tak tipu. Tapi abang sabar ye. Kat dunia ni banyak dugaan.

Aku dah fikir bukan-bukan. Tanpa menoleh, aku berlari anak ke pos pengawal. Terserempak dengan Cikgu Aini, dia tegur.

Cikgu Aini:     Zawawi, bila kakak awak nak datang? Tadi dia kata nak datang ambil awak. Eh, awak tak tahu cerita lagi eh? Nenek awak meninggal.

Aku hanya dapat balas. “inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un”

 

Cikgu Aini:     Mana kad PB awak, cikgu nak tandatangan.

 

Kebetulan pulak time tu, buku PB aku kat Cikgu Hisham.

 

Aku:                Alamak cikgu, kad PB  saya ada kat Cikgu Hisham lah.

Cikgu Aini:     Tak apa. Awak bagi kertas. Cikgu tuliskan surat pengesahan.


Lepas selesai berurusan dengan Cikgu Aini, aku terus ke pos pengawal. Jumpa kereta abah, tapi tak ada orang. Aku keluarkan handphone aku, nak call abah. Tuptup, ada orang jerit nama aku. Sekali pandang, memang aku tak kenal. Gelap. Bila orang tersebut datang dekat baru aku dapat cam. Abang Azam, Abang Izul dan Som. Lepas beberapa urusan, kitorang mulakan perjalanan pulang dalam pukul 11.00 malam.

 

Dalam kereta aku hanya mampu menahan air mata aku daripada mengalir. Melayan lagu-lagu yang berkumandang dari radio Hitzfm. Sebenarnya, aku dah lama homesick. Dah lebih seminggu. Aku rindu rumah. Entah lah, seperti ada yang tak kena. Apa yang dibuat semua tak kena. Mood nak belajar pun tak ada. Masa nenek sakit, aku pernah suap dia. Tolong mak mandikan nenek. Urutkan nenek.

 

aku dan nenek semasa aku kecil

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai. Dalam pukul 1.00 pagi. Aku salam semua tetamu yang ada kat rumah. Sangat ramai. Masuk ke rumah. Aku terus terlihat satu jasad terbujur kaku. Nampak mak, terus aku salam. Cuba menahan air mata daripada mengalir, tapi tak ku mampu. Mengalir laju tanpa sebarang sekatan. Mak tanya, nak tengok muka nenek? Aku hanya menggeleng. Aku tak mahu tangisan aku berterusan.

 

Aku ambil Yassin, aku bacakan untuk nenek di sebelah jasadnya. Semasa aku baca, ada orang selak kain untuk melihat muka nenek. Pergh.. automatik air mata aku laju je mengalir. Terus berhenti baca Yassin. Malam tu, aku tidur lambat. Tak dapat nak tidur. Dalam pukul 4 baru dapat tidur.

 

Keesokannya, ramai tetamu datang ke rumah aku. Aku tolong menguruskan jenazah untuk dimandikan. Aku dan abang aku angkat nenek ke tempat mandian. Terasa badan nenek ringan, tak seperti sebelum ni. Sementara tu, tetamu di luar bacakan Yassin. Aku dapat sembahyang jenazah. Nasib baik sempat. Lepas tu, aku iringi jenazah ke kubur. Aku drive kereta Kembara mak aku. Ingatkan ramai nak tumpang, rupanya semua nak naik kereta sendiri.

 

Masa kat kubur, aku tak berhenti menangis. Itu lah kali terakhir aku dapat lihat wajah nenek aku. Wajahnya cengkung. Terbayang kenangan-kenangan lalu bersama nenek. Selesai urusan pengkebumian nenek, sedara mara yang lain melawat kubur sedara mara diorang.

 

*sori lah kalau ayat aku tunggang langgang. penat sangat time menaip ni.

*dah tak tahu nak ayat camana

No comments:

Post a Comment