Saturday, December 4, 2010

Beliau Cikgu yang Pernah Aku Sayang

(Pelajar INTEGOMB, lepas korang baca cerita ni, mesti korang tahu siapa cikgu yang aku maksudkan). Beliau ajar subjek Geografi semasa aku Tingkatan 2. Aku suka sangat cara beliau mengajar. Aku ingat lagi, kelas aku ada buat sambutan hari jadi untuk beliau dan aku ada bagi hadiah jam dinding. Walaupun murah, yang penting aku ikhlas. Masa tu, rasa sayang aku kat beliau tak terkata. Tapi, rasa sayang tu hilang secara drastik lepas beliau dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM). Aku yakin, bukan aku seorang yang  berperasaan begitu. Beliau dah berubah!

Perkara utama yang aku nak cerita berkaitan handphone aku yang dirampas oleh warden. Lepas kejadian tu, ibu bapaku berulang-alik ke sekolah untuk berjumpa dengan PKHEM untuk menuntut handphoneku semula. Tapi, ada saja alasan yang diberi; pergi kenduri kahwin (walhal kereta beliau ada di rumah), keluar untuk fotostat dokumen-dokumen pejabat (walhal aku dan mak nampak beliau di depan bilik guru. Kitorang fikir positif, mungkin beliau sibuk). Kalau orang dah tak nak jumpa, tak kan nak terjah pula kan?  Beliau janji nak pulangkan handphone tu sebelum cuti akhir tahun, dan sekarang ni dah cuti pun. Cuti ni, aku pinjam handphone lama ayah aku.

Sakit hati aku fikir pasal handphone tu. Tanpa fikir panjang, aku hantar mesej kepada beliau. Aku luahkan segala yang terpendam dalam hati aku. Esoknya, aku terkejut lepas baca semula mesej yang aku hantar. Mesti hati cikgu hancur berkecai. Terus aku hantar mesej nak minta maaf. Lepas beberapa jam, cikgu hubungi mak aku (sebab aku guna handphone mak aku). Beliau kata, beliau tak kan maafkan aku selagi aku tak jumpa face-to-face (walhal aku tahu, kalau jumpa pun, bukannya masalah selesai dan bukannya aku dapat handphone aku semula). L

Akhir kata “Cikgu, saya minta maaf sangat-sangat. Kenapa cikgu susah nak maafkan saya? Memang saya akui salah saya juga bawa handphone ke sekolah. Tapi, tolonglah pulangkan, saya merayu. Kalau cikgu pulangkan handphone saya dari dulu, tentu masalah ni tak berlaku”.

*aku menangis semasa menaip (sebab aku pernah sayang beliau)
*cerita telah diringkaskan (banyak yang negatif)
*bukan cerita rekaan (copyrighted)

Sony Ericsson G900

8 comments:

  1. kesiannye........
    tapi bersabarlah yee....
    mesti ade hikmah disebalik semua yg berlaku...

    ReplyDelete
  2. amira: tu lah.. beli guna duit sendiri pulak tuh..

    aiman: insyaAllah boleh sabar.. huhu..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. *Ternganga sekejap . Kalau beliau yg dulu , mesti best :'( But now , things change .

    ReplyDelete