Friday, March 18, 2011

Message from Puan Saidah

this message is forwarded from Kak Pipah for us reviVena+
kawan-kawan, mari baca ya!

Assalamualaikum w.b. t.
My dear students…
I know, this sudden transfer may come as a shock to all of you
Please, do forgive me for not telling you beforehand
Even without exchanging goodbyes
I am sure that this will not be the end of the road for us
It hurts my heart to leave you, it really does
Just when we were having so much fun together
But nothing, nothing happens without a reason
I may be teaching in another school
I may be mingling with other students
But my heart will always be you
INTEGOMB will stay with me forever…
Do not consider my new school  as an enemy for you to beat
Consider it as a booster for you
To put up your efforts  even harder
And stay on top above others
Take it up as a challenge
I look forward  to see the outcome…
Best of luck to all of you
Even if I have never taught you Physics
I hope that I did teach you one thing
INTEGOMB is a school for CHAMPIONS
Your seniors have proved  it
And so shall you…
Keep it up!
Do not give up
There is still time
But do not waste it
Believe in your teachers
As they believe in you
I have my utmost faith
In all the teachers
I am sure they will lead you to even greater success
I left
Knowing that they are there
To guide you
And to protect you
So long
Till we meet again…

Puan Nor Saidah Che Hassan ( Your Former Teacher )

Thursday, March 17, 2011

Lirik Apa Tu???

cerita dia begini, tadi masa aku kat kedai basuh kereta, aku duduk kat satu side yang memang menghadap abang tu yang gilap lampu depan sampai berkilat. time tu juga lah lagu kat radio berkumandang. lagu malique ft najwa- senyum. abang tu pun ikut lah nyanyi. yang lawak nya, dia nyanyi macam ni

PANCUT luar
PANCUT dalam
PANCUT sana sini
Kalau saya PANCUT
Awak mesti PANCUT sekali
Kalau kita PANCUT
Semua orang berjangkit
Bila semua orang PANCUT
Dunia tiada penyakit

Okey, lirik tu sangat lawak bagi aku. mengilai aku gelak kat situ. tak payah nak cover. tapi, jangan pulak korang nyanyi macam ni eh. sangatlah tidak senonoh :D

Sunday, March 13, 2011

Cikgu Saidah, we love you!!!

Tak tahu nak describe macam mana. Beliau sangatlah berbeza dengan cikgu lain. Banyak tagline dia buat. Coz we're Jabirian. Sometimes, teachers are cheaters. Tak heran pon. etc. Hah, korang bacalah apa yang diorang dah cakap kat blog diorang ni..

  1. Amira Faqihah : http://eyeemaiareyeleventen.blogspot.com/2011/03/hilangnya-dirimu.html
  2. Tasneem : http://aneemjojo.blogspot.com/2011/03/miss-her.html
  3. Tasneem : http://aneemjojo.blogspot.com/2011/03/my-tears-drop-again-when-i-read-this.html
  4. Nuranishya: http://schalicious.blogspot.com/2011/03/kad-yang-kami-buat-untuk-teacher-saidah.html
  5. Nuranishya: http://schalicious.blogspot.com/2011/03/kenangan-kami-bersama-teacher-saidah.html
  6. Izzati Saidi: http://lollmaorotfl.blogspot.com/2011/03/cause-we-are-jabirian.html
  7. Siti Noor Hanis: http://ninisikacak.blogspot.com/2011/03/when-youre-gone.html
Cikgu, saya minta maaf banyak-banyak kalau ada salah silap. Saya selalu tertidur dalam kelas cikgu.. Maaf sesangat. Kat bawah ni, slideshow time majlis perpisahan.. Credit to Ainisya

Saturday, February 5, 2011

AKU HAPPY!!!

9:45 malam. Alhamdulillah.. Penantian aku selama ni berhasil.. Nak tau apa bendanya? Hehehe.. Kucing aku akhirnya beranak juga.. Mesti abang aku tak sabar nak tengok. Haha.. Aku yang jadi bidan terjun. Kat bawah ni aku sertakan video..



Mula-mula Panda beranak kat dalam kotak. Mungkin kotak tu sempit, dia keluar, pergi atas tilam mak aku kat ruang tamu. Habis penuh dengan darah tilam tu. Nak alihkan dia, kesian pula.. Kesian mak aku, tak dapat mak nak tidur kat sebelah nenek. Yang peliknya, kucing lain kalau nak beranak, mesti menyorok, tak bagi anak dia dipegang, tapi kucing aku, lain pula. Seboleh-bolehnya nak beranak sebelah mak aku. Mak aku bergerak sikit, dia ikut. Mak aku berdiri dia nak ikut juga. Kesian kat anak dia yang masih melekat kat bontot tu. Mungkin dia nak mak aku temankan kot. Ha.. Tengoklah gambar-gambarnya..
masa mula-mula Panda nak beranak
keluarlah anak pertama
kesian, ada seekor mati
ni yang aku kata pelik tu, tengah beranak, nak mak aku temankan
eh, ada lagilah.. lahir atas tilam
kesian Panda, tercungap-cungap dia
eh, keluar lagi seekor lah.. dah empat dah..
selepas 10 minit, keluar lagi seekor, menjadikan jumlah anak Panda 5 ekor

Barulah aku tahu macam mana peritnya nak melahirkan anak. Huhu...

Thursday, February 3, 2011

Profile Facebook

hehe.. best pula edit-edit facebook tadi.. nak tengok hasilnya?
cantik tak? hehe.. first time cuba ni.. korang pun boleh cuba.. ikut link ni

Wednesday, February 2, 2011

denda dulu-dulu

Korang ingat tak masa kita sekolah rendah dulu? Rindu gila kot zaman tu. Rasa macam nak kembali ke zaman sekolah rendah balik je. Korang pernah tak buat salah atau degil dalam kelas? Mesti pernah kan..



Aku ingat lagi, bila ada pelajar nakal dalam kelas, nanti cikgu pindahkan budak tu duduk sebelah lelaki/perempuan (bertentangan dengan jantina dia) supaya dia malu dan senyap. Heh, lawak kot kalau dikenang semula. Korang bayangkan kalau denda macam tu dibuat untuk budak zaman sekarang ni. Perghh, makin bising dibuatnya. Bukannya malu, tapi suka. Bak kata Cikgu Zul Top, "Kang ada bendera naik tu kang"..



Ahah.. itu dulu kan.. Sekarang kalau pelajar nakal je, cikgu panggil ibu bapa datang sekolah. Biar ibu bapa sendiri yang denda anak dia..

Tuesday, February 1, 2011

Warden Melampau

Pernah tak korang rasa, apa yang warden buat, menyebabkan korang tak puas hati. Ya, memang warden bertugas untuk jaga kita. Kita perlu hormat diorang. Tapi, ada diorang fikir perasaan kita lepas diorang buat sesuatu? Mungkin ada, tapi aku rasa tak semua warden macam tu. Kat bawah ni, aku nak cerita sikit pasal warden kat sekolah aku. Memang aku tak puas hati gila dengan diorang.

buku, modul, fail semua kena buang
Perkara ni berlaku masa akhir tahun form 4. Aku tinggalkan buku-buku, fail-fail, modul-modul, alat-alat tulis yang aku rasa tidak perlu dibawa pulang ke rumah. Nak bawa balik pun buat apakan? Bukannya aku nak buka. Hari pertama aku balik sekolah (tahun ni), aku pergi lah cek barang-barang yang aku tinggalkan kat kelas form 4. Aku terkejut, terkesima. Buka locker, aku tengok fail tinggal satu. Aku punya laci kecil pun tak ada. Aku cari kat almari depan kelas, mungkin ada orang alih ke situ, memang banyak fail kat situ, tapi, tak ada satu pun aku punya. Satu fail yang tinggal tu pun dah kosong, isinya dibuang, dan fail tu dirosakkan.

Aku geledah satu-satu locker kat belakang kelas, tapi tetap tak jumpa. Aku cek lah tong sampah. Aku terkejut lagi. Laci kecil aku ada dalam tong sampah tu. Aku cek isinya. Kosong. Segala macam alat tulis dalam tu semua dah tak ada. Sumpah aku bad mood sepanjang hari tu. Budak lain semua happy dapat jumpa kawan semula.

Malam tu, kat surau, ada sorang warden ni buat pengumuman. Dia cakap "Kenapa awak semua sanggup jadikan cikgu-cikgu, warden-warden kat sekolah ni kuli awak nak buang barang -barang awak" Kepala otak dia!!!! Malam tu, memang aku menyumpah-nyumpah warden tu. Memang lah sebelum PB, cikgu ada kata kosongkan kelas. Tapi, takkan lah pelajar tak boleh nak tinggalkan buku-buku, nota-nota yang kitorang nak guna balik tahun depan. Sumpah aku kata diorang tak fikir pasal pelajar.

Korang fikir balik, semua tu duit, semua tu ilmu. Kalau dijumlahkan barang-barang aku yang kena buang, mencecah ratusan ringgit. Bukannya sepuluh sen, ni ratusan ringgit. Aku tahu, bukan aku seorang je yang barangnya kena buang, ramai lagi. tapi diorang tak kisah, diorang kaya, dan mungkin diorang tak hargai barang-barang diorang yang kena buang tu. Aku tak berdaya nak protes kalau aku seorang je yang pertikai isu ni. Kalau lah parents aku orang berpengaruh, dah lama aku saman warden tu. Tak guna betul!!!


aku sakit perut dan warden buat tak tahu
Perkara ni belaku dalam minggu ke-3 persekolahan. Satu malam, aku sakit perut, masuk angin. Memang perut aku selalu masuk angin dan aku ada simpan ENO dalam beg aku. Kebetulan malam tu stok ENO aku habis. Aku berjalan sambil menahan sakit ke pondok jaga untuk minta diorang belikan ENO kat kedai runcit depan sekolah. Dengan selamba, pak guard tu kata "TAK BOLEH! WARDEN TAK BAGI!".. Bodoh apa dia tu, aku sakit perut ni. Aku bergerak ke bilik sakit nak cari warden. Dia tak ada. Aku tunggu. Lepas beberapa minit, dia sampai kat bilik sakit. Terus aku kejar dia, cakap aku nak beli ENO, sakit perut nak mampus. Dengan muka seposen, dia kata "tak payah, dalam bilik sakit tu banyak ubat, pergi cari sendiri". Kepala otak dia lagi!!! Tahu lah yang perut dia besar. Tak boleh ke nak ambilkan ubat tu untuk aku. Aku pun mencarilah ubat dalam laci, almari yang ada dalam tu. Malang. Sebiji pil, sebotol ubat haram pun aku tak jumpa. Lalu, aku keluar bilik sakit. Aku hempas pintu bilik sakit tu sekuat hati. Mampus diorang nak kata apa.

Masuk ke kelas, aku tahan sakit perut tu sampai keluar air mata sampailah masa prep habis. Satu nota, homework pun aku tak sentuh malam tu. Susah sangat ke dia nak izinkan aku beli ENO tu. Bukannya pakai duit dia pun. Duit aku gak.

*lantak lah korang nak kata apa, asalkan hati aku lega dapat luahkan kat sini
*nanti aku edit lagi entry ni, aku nak letak gambar fail aku yang rosak, dengan laci aku yang dah kosong