Friday, December 23, 2011

(19/12/2011) Hangout bersama Zarul di Mid Valley

video
bila aku tengok balik video ni, baru aku perasan;
suara aku kecik
cara aku cakap sama macam abang aku

Pagi ni, aku bangun dalam pukul 8.30 pagi. Agak lambat sebab biasanya bangun dalam pukul 4.30 terus tak tidur. Tolong mak kat kedai. Cek handphone, ada mesej. Eh, Zarul? Baru aku teringat aku ada janji dengan dia nak keluar pergi Mid Valley. Apa lagi, kelam kabutlah. Mandi, cari baju, kasut, semua. Terus grab kunci kereta, drive ke stesyen bas Banting.

kesian kat Zarul, takkan lah nak jalan sorang-sorang. so, aku temankan dia.

aku yang buat decision nak cerita apa. baik betul Zarul.

Sampai Mid dalam pukul 11 pagi. 2 jam perjalanan sangatlah bosan sebab aku tertinggal novel. Tunggu Zarul, dia sesat. Dah lah dia salah naik bas, tertidur pulak tu. Sesuailah dengan peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Dalam pukul 12.15 dia sampai. Sementara tunggu dia sampai, aku belilah tiket wayang dulu. Ni Zarul yang belanja. Cerita Mission Impossible. Pastu, aku pusing-pusing dalam Mid sorang-sorang macam orang gila. Bila Zarul sampai, aku jemput dia kat depan sox world.

sementara tunggu dia sampai, aku belikan tiket dulu

total dua tiket wayang tu guna duit dia. OKK kan..

Pastu, kitorang pergi makan kat food court oasis JE. Tak mampu nak makan kat food court atas. Mahal. Sedap pulak makan kat situ. Lepas makan, kitorang pusing-pusing lagi sementara tunggu movie start. Dalam pukul 1.35, kitorang gerak tgv. Movie start dalam pukul 1.45. fuhh, best gila movie tu. Gempak nak mampus. Pelakon dia pun berani mati punya.

Habis movie, dalam pukul 4 petang, kitorang terus ke surau. Solat jangan tinggal en. Lama gila duduk dalam pawagam tu, dah macam duduk dalm peti sejuk. After solat, kitorang pusing-pusing lagi. Lagi sekali Zarul belanja aku. Aiskrim Baskin Robbin. Satu scoop je dah RM5.50. tapi berbaloilah, sedap gila. Ni first time makan aiskrim mahal. Makan berjalan sambil pusing-pusing lagi. Nak habiskan aiskrim tu pun lama. Sayang nak habiskan.

rambut serabai. dah tak boleh disikat. tu aiskrim yang dia belanja. Baskin Robin kot.

Dalam pukul 4.45 kitorang turun surun. Solat asar pulak. After habis doa, aku sempat tegur budak belakang aku. Diorang nak buat Jemaah baru sedangkan ada Jemaah lain dalam surau tu. Diorang tak perasan mungkin.

After solat, kitorang balik. Tunggu tren punyalah lama. Zarul ke Rawang, aku ke KL Sentral tukar tren ke Klang. Time ni aku rasa kehilangan lagi. Sama macam aku rasa masa nak tinggalkan kawan-kawan kat KLCC after habis SPM tu. Aku tak boleh hidup tanpa kawan-kawan aku kot. Tapi kan, aku rasa tu last time lah naik KTM. Menyesal. Baik naik bas je balik. Sampai rumah dalam pukul 9 malam. Gara-gara naik KTM.

gambar vibrate. capture guna handphone je ni.

No comments:

Post a Comment