Saturday, February 5, 2011

AKU HAPPY!!!

9:45 malam. Alhamdulillah.. Penantian aku selama ni berhasil.. Nak tau apa bendanya? Hehehe.. Kucing aku akhirnya beranak juga.. Mesti abang aku tak sabar nak tengok. Haha.. Aku yang jadi bidan terjun. Kat bawah ni aku sertakan video..



Mula-mula Panda beranak kat dalam kotak. Mungkin kotak tu sempit, dia keluar, pergi atas tilam mak aku kat ruang tamu. Habis penuh dengan darah tilam tu. Nak alihkan dia, kesian pula.. Kesian mak aku, tak dapat mak nak tidur kat sebelah nenek. Yang peliknya, kucing lain kalau nak beranak, mesti menyorok, tak bagi anak dia dipegang, tapi kucing aku, lain pula. Seboleh-bolehnya nak beranak sebelah mak aku. Mak aku bergerak sikit, dia ikut. Mak aku berdiri dia nak ikut juga. Kesian kat anak dia yang masih melekat kat bontot tu. Mungkin dia nak mak aku temankan kot. Ha.. Tengoklah gambar-gambarnya..
masa mula-mula Panda nak beranak
keluarlah anak pertama
kesian, ada seekor mati
ni yang aku kata pelik tu, tengah beranak, nak mak aku temankan
eh, ada lagilah.. lahir atas tilam
kesian Panda, tercungap-cungap dia
eh, keluar lagi seekor lah.. dah empat dah..
selepas 10 minit, keluar lagi seekor, menjadikan jumlah anak Panda 5 ekor

Barulah aku tahu macam mana peritnya nak melahirkan anak. Huhu...

5 comments:

  1. seriously...this is an amazing capture...gila hebadd awie dpt cpture scene mcm nieyh...

    nisa@phoenix(my nick dlm dunia blog)

    ReplyDelete
  2. bestnya ade kucin.....tak sabar nak jadi veterinar!!!

    ReplyDelete
  3. nisa: haha.. bnyk lg pic nak masukkan tp lame sgt upload, so masukkan tu je la..

    kak anise: akak nak jadi veterinar eh?

    ReplyDelete
  4. WAH BARU TERJUMPE BLOG NI!!!

    kirenye awie bapak la skarang??
    wakhahahah!!!!

    ReplyDelete
  5. uish abg teme, dah lain mcm je bunyik nye tu.. haha...

    ReplyDelete