Monday, December 13, 2010

Sepetang Bersama Jaguh

Petang tadi, aku teruja tengok motor Modenas Jaguh milik abah aku yang dah lama tersadai. Dah lah tersadai, bersawang pula tu. Ha.. dengan bangga nya, aku minta kunci kat abah, "abah, nak kunci Jaguh, nak cuba bawa lah". Abah aku gelak, "ko reti ke bawa motor yang ada clutch?". Oh, aku ternganga. Sememangnya selama ni aku menunggang nyamuk saja ke mana2.. Aku pun jawab lah, "abah ajar lah, orang tak reti la..". Abah pun keluarkan lah motor yang dah bersawang tu. Nasib baik distart hidup. Dalam hati, "tak merengek pula motor ni, biasanya ada je masalah". Ha.. bila dah distart, enjin berbunyi kuat, sakit telinga, mengganggu kejiranan..

ni bukan motor abah aku.
jumpa kat google.
look-a-like

Pertama kali bawa motor yang ada clutch, rasa menyusahkan je. Kenapa perlu susah kan diri nak ada clutch bagai.. Hmm.. Masa mula2 nak jalan, motor asyik mati je. Aku tak reti nak imbangkan clutch dengan minyak. Okey, aku ringkaskan. Masa kat simpang, abah aku suruh berhenti, nak tengok macam mana aku mula dengan gear rendah. Perghhh, dah lah kat simpang, banyak kereta motor lalu lalang. Dah tu pula, motor tu tak nak jalan, asyik mati je. Aku mengalah, aku bagi je la abah aku yang pandu sampai rumah..

ni yang aku maksudkan nyamuk tu.
tapi, aku punya warna kuning hitam

Konklusi di sini, aku tak minat nak bawa motor yang ada clutch, lantak lah apa orang nak kata. Motor nyamuk tu dah cukup bagus, tak menyusahkan. Mungkin lain kali, fikiran aku berubah? Entahlah. Aku pun harap begitu..

*malas pula nak taip panjang2
*aku terfikir nak post ni pun, lepas aku baca blog kawan aku

5 comments:

  1. Kena biasakan diri dengan kenderaan yang ada clutch Wi. Nanti kalau nak ambil kelas memandu kereta, dia tak ajar kereta auto, tapi kereta manual.

    Kalau tak bernasib baik, dapat pula kereta yang takde power stereng. Memang naik muscle kot belajar berjam2 tu.

    Lepas tu, tahu kan motor yang kelas2nya sendiri? Kalau nak bawa motor yang macam Jaguh, kena ada lesen yang tersendiri. Tak boleh guna lesen kelas B2 sahaja.

    ReplyDelete
  2. haha.. betul tu.. kalau nak bawa motor lebih 250cc kene ada lesen B. tapi, motor jaguh tu cuma 250cc je. jd, awi boleh lah bawa..

    ReplyDelete
  3. ball: xreti nak terangkan lah. tp yg abg sure, kalu moto yg ada clutch, stiap kali nak tuka gear kene tarik clutch. tp, kalu motor yg xde clutch, boleh terus tukar gear.

    ReplyDelete