Friday, December 24, 2010

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

Oh! Media Network, sebuah fanpage di facebook yang banyak berkongsi pelbagai info, pendapat, idea, gambar, gosip, video dan banyak lagi lah.


Ni link-link ke website Oh! Media..
http://ohmedia.my
http://ohartis.com
http://ohtidak.com
http://ohjika.com
http://ohislam.com
http://ohdara.com
http://ohcun.com
http://ohfacebook.com
http://justkhai.com


Point-point kenapa saya menggemari Oh! Media Fanpage di Facebook..
-dapat mengikuti perkembangan teknologi dengan cepat

-dapat belajar tutorial yang menarik

-dapat berkongsi idea dan pendapat

-dapat tengok gambar yang pelik-pelik

-dapat tonton video yang dapat menceriakan hati



*klik link ni untuk terus ke fanpage Oh! Media (dan jangan lupa tekan like tau)

*berjuta terima kasih kepada Oh! Media kerana telah menceriakan hidup saya..



Thursday, December 23, 2010

Inventing My Own iPad Application for Maxis

Maxis contest participant badge
yeah. i'll write about my own iPad application. it's a competition actually.

alright, the application named 'Sewing Machine Controller'.

this application mostly suitable for disabled or OKU. maybe you'll wonder, "how can i imagine that application?". okey, i have a cousin, named Shahrul Nizam. here is a link to his facebook profile. he is an OKU and he is a tailor. i pity him, when he sewing all the clothes. he use a long stick to control the pedal of the sewing machine. with this application, any tailor can be more productive. i hope this application will exists one day.

some information:
*iPads are now available through Maxis, click this link for more information.
*more information about this competition, click this link.

Thursday, December 16, 2010

Sekali Lagi, Berkaitan Rambut Aku

Hah, kini aku obses dengan rambut pula. Makin ramai yang menegur rambut aku. Paling latest, jam 12:15 tadi. Aku bersama mak dan abah aku pergi ke Agro Bank cawangan Banting untuk menguruskan pemindahan akaun aku. Punyalah lama tunggu urusan tu, tapi tak apa, duduk dalam tu sejuk. Sempatlah borak-borak dengan akak yang jaga kaunter tu.


Kakak tu yang mulakan perbualan, "cantik rambut adik, macam Hafiz AF lah, muka adik pun dah dekat sama dengan muka Hafiz". Apa lagi, kembanglah segala yang ada pada aku. Upsss, jangan fikir lain tau. Haha.. Situasi yang sunyi dalam bank tu terganggu dengan gelak aku yang tak ubah macam orang gila. Ya, memang pada mulanya, aku sangat rimas dengan rambut aku. Menggerbang macam cendawan, tapi tak macam DDR tau. Uh, tersebut sudah. Itulah lumrah manusia, tidak bersyukur dengan apa yang ada. Yang rambut lurus nak keriting. Yang keriting pula, nak luruskan rambut.

Hafiz AF
rambut aku tak ada lah panjang macam dia

*tapi, dah nak buka sekolah, kena lah potong rambut ni, sayang nya~

Bencinya Menulis!!!

Terjaga dari tidur pada pukul 3 pagi, lantas terfikir pasal homework. Tetiba rajin nak buat homework.. Haha.. Aku pun keluarkanlah "Kerja Rumah Teracang" yang dibekalkan. Belek punya belek, tertarik dengan kerja Bahasa Inggeris.

Tengah rajin menulis karangan, pen pula buat hal, dah lah pen tu baru beli. Ngada-ngada punya pen. Habiskan duit orang je. Conteng kat kertas lain hidup, tapi bila tulis kat dalam buku latihan tak nak pula keluar dakwatnya. Dalam hati berkata, "Pen sialan!!!".. Haha..



Hati panas ni.. Aku campak pen tu.. haha.. Dah campak, kena la kutip balik an.. Ohh, pen tu rosak, tak apa lah, buat kerja lain pula. Terfikir nak buat math moden yang tak perlukan pen untuk disiapkan.

Okeylah, nak sambung buat homework. Bye.. :p

Tuesday, December 14, 2010

Rambut Aku Style?

Sepertinya aku tidak percaya akan kata-kata dia. Aku ingatkan rambutku seperti sarang tebuan, rupanya ia jadi pujaan. Haha.. Aku ingatkan dia main-main saja cakap kat aku yang rambut aku cantik dan dia nak tiru gayaku. Uh, aku terkedu, terpaku, terpesona apabila dia post status yang pelik di facebook.


apa-apa saja lah. asalkan aku bahagia..

anak murid yang 'tuttt!!'

ish, tension pula memalam macam ni. ada saja orang nak IM dan komen2 kat facebook tanya pasal itu ini mengenai komputer. dah tu pula, digunakan apa yang diajar untuk kenakan aku semula. ni yang hangit nih! nak kena cepuk agaknya. haha.. tak apa. cool saja.. nak baca blog dia? ni link nya. tapi, apa yang korang akan lihat tu, hanya lah gurauan antara aku dengan dia (anak muridku di facebook). haha.. sangat kejam!


Monday, December 13, 2010

Sepetang Bersama Jaguh

Petang tadi, aku teruja tengok motor Modenas Jaguh milik abah aku yang dah lama tersadai. Dah lah tersadai, bersawang pula tu. Ha.. dengan bangga nya, aku minta kunci kat abah, "abah, nak kunci Jaguh, nak cuba bawa lah". Abah aku gelak, "ko reti ke bawa motor yang ada clutch?". Oh, aku ternganga. Sememangnya selama ni aku menunggang nyamuk saja ke mana2.. Aku pun jawab lah, "abah ajar lah, orang tak reti la..". Abah pun keluarkan lah motor yang dah bersawang tu. Nasib baik distart hidup. Dalam hati, "tak merengek pula motor ni, biasanya ada je masalah". Ha.. bila dah distart, enjin berbunyi kuat, sakit telinga, mengganggu kejiranan..

ni bukan motor abah aku.
jumpa kat google.
look-a-like

Pertama kali bawa motor yang ada clutch, rasa menyusahkan je. Kenapa perlu susah kan diri nak ada clutch bagai.. Hmm.. Masa mula2 nak jalan, motor asyik mati je. Aku tak reti nak imbangkan clutch dengan minyak. Okey, aku ringkaskan. Masa kat simpang, abah aku suruh berhenti, nak tengok macam mana aku mula dengan gear rendah. Perghhh, dah lah kat simpang, banyak kereta motor lalu lalang. Dah tu pula, motor tu tak nak jalan, asyik mati je. Aku mengalah, aku bagi je la abah aku yang pandu sampai rumah..

ni yang aku maksudkan nyamuk tu.
tapi, aku punya warna kuning hitam

Konklusi di sini, aku tak minat nak bawa motor yang ada clutch, lantak lah apa orang nak kata. Motor nyamuk tu dah cukup bagus, tak menyusahkan. Mungkin lain kali, fikiran aku berubah? Entahlah. Aku pun harap begitu..

*malas pula nak taip panjang2
*aku terfikir nak post ni pun, lepas aku baca blog kawan aku

Thursday, December 9, 2010

Perodua Infinite?

8 Disember 2010, 11 pagi: Aku pergi ke PWTC bersama Akhyaar untuk mengunjungi pameran kereta antarabangsa (KLIMS). Dalam bebanyak kereta yang aku tengok, satu je kereta yang aku berkenan, dan menepati cita rasa aku, iaitu Perodua Infinite (concept car). Perodua Infinite merupakan kereta model Alza yang telah diubah suai. Aku harap sangat Perodua dapat memasarkan kereta tersebut..

Antara ciri Perodua Infinite yang aku berkenan:
1. sporty
2. speaker berlambak, dentam dentum
3. ada dock khas untuk iPad
4. banyak LCD, kat penyandar kepala pun ada
5. ada GPS
6. dan banyak lagi

kat bawah ni, aku sertakan beberapa gambar aku dan Perodua Infinite
Perodua Infinite dari pandangan hadapan.
nampak ganas kan?

sempat bergambar di hadapan Perodua Infinite

bahagian dalam Perodua Infinite (dashboard)
nampak maju kan?

bahagian dalam Perodua Infinite dari pandangan belakang
aku tekan like! haha.. macam ada je~

dapat merasa duduk dalam Perodua Infinite
empuk, selesa, bergaya.. haha..
kat sebelah aku tu ada iPad.. huhu..
*ok tak rambut aku macam tu???

*terima kasih kepada Akhyaar Kok atas sumbangan gambar-gambar di atas.
*nak tengok gambar lain? bolehlah kunjungi:

Sunday, December 5, 2010

Handphones Best for Video Recording with Full HD

Wow.. amazing!!. Let's see this advanced mobile phone..


Sony Ericsson Xperia X10
The glistening sea. After work, with your colleagues in a bar. Your team celebrating the winning goal. Capture your world in full HD quality. The Xperia™ X10 lets you record video at 720p, 24 frames per second. Already have an X10? To enjoy HD video recording, you may need to upgrade your phone software.
For more information, click more.

Samsung i8910 HD
Shoot life's craziest moments in high definition without carrying your video camera everywhere. The I8910 HD captures memories and doesn't sacrifice quality. It's the world's first mobile phone with a real HD video camera built right in—one of the most advanced devices ever made. Share live video as you shoot it or wait and play it for friends on your HD home theatre system with wireless DLNA. Best yet, there's no converting of files. Now it's easy to show and tell, in full HD.
For more information, click more.

Nokia C7
Full-touch glass display. Integrated social networks. Thousands of apps at Ovi Store. Three customisable home screens. 8 MP camera and HD video.
For more information, click more.

LG GD900
LG are proud to unveil a new touch sensation, the LG GD900 Crystal. The transparent Crystal Touchpad is used like a mouse pad allowing you to glide, stroke and navigate with ease. Surfing the internet is effortless with high speed browsing and it's simple to edit photos taken with the 8 megapixel camera.
For more information, click more.

Saturday, December 4, 2010

Free Studio Manager 5.0

Free Studio Manager kini berwajah baru. Dengan perisian percuma ini, anda boleh menukar video dan audio ke format yang berbeza dan ke iPod, PSP, iPhone, BlackBerry, dll. Burn DVD dan CD audio. Muat naik dan muat turun video YouTube dan muzik ke komputer anda, iPod, PSP, iPhone dan BlackBerry. Mengedit audio dan video serta merakam video dan snapshots, dan banyak lagi.

Maklumat lanjut, sila pergi ke laman sesawang rasmi DVDVideoSoft.com.
Untuk memuat turun, sila tekan 'download now' pada laman sesawang rasmi tersebut.

Beliau Cikgu yang Pernah Aku Sayang

(Pelajar INTEGOMB, lepas korang baca cerita ni, mesti korang tahu siapa cikgu yang aku maksudkan). Beliau ajar subjek Geografi semasa aku Tingkatan 2. Aku suka sangat cara beliau mengajar. Aku ingat lagi, kelas aku ada buat sambutan hari jadi untuk beliau dan aku ada bagi hadiah jam dinding. Walaupun murah, yang penting aku ikhlas. Masa tu, rasa sayang aku kat beliau tak terkata. Tapi, rasa sayang tu hilang secara drastik lepas beliau dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM). Aku yakin, bukan aku seorang yang  berperasaan begitu. Beliau dah berubah!

Perkara utama yang aku nak cerita berkaitan handphone aku yang dirampas oleh warden. Lepas kejadian tu, ibu bapaku berulang-alik ke sekolah untuk berjumpa dengan PKHEM untuk menuntut handphoneku semula. Tapi, ada saja alasan yang diberi; pergi kenduri kahwin (walhal kereta beliau ada di rumah), keluar untuk fotostat dokumen-dokumen pejabat (walhal aku dan mak nampak beliau di depan bilik guru. Kitorang fikir positif, mungkin beliau sibuk). Kalau orang dah tak nak jumpa, tak kan nak terjah pula kan?  Beliau janji nak pulangkan handphone tu sebelum cuti akhir tahun, dan sekarang ni dah cuti pun. Cuti ni, aku pinjam handphone lama ayah aku.

Sakit hati aku fikir pasal handphone tu. Tanpa fikir panjang, aku hantar mesej kepada beliau. Aku luahkan segala yang terpendam dalam hati aku. Esoknya, aku terkejut lepas baca semula mesej yang aku hantar. Mesti hati cikgu hancur berkecai. Terus aku hantar mesej nak minta maaf. Lepas beberapa jam, cikgu hubungi mak aku (sebab aku guna handphone mak aku). Beliau kata, beliau tak kan maafkan aku selagi aku tak jumpa face-to-face (walhal aku tahu, kalau jumpa pun, bukannya masalah selesai dan bukannya aku dapat handphone aku semula). L

Akhir kata “Cikgu, saya minta maaf sangat-sangat. Kenapa cikgu susah nak maafkan saya? Memang saya akui salah saya juga bawa handphone ke sekolah. Tapi, tolonglah pulangkan, saya merayu. Kalau cikgu pulangkan handphone saya dari dulu, tentu masalah ni tak berlaku”.

*aku menangis semasa menaip (sebab aku pernah sayang beliau)
*cerita telah diringkaskan (banyak yang negatif)
*bukan cerita rekaan (copyrighted)

Sony Ericsson G900

Thursday, December 2, 2010

Gambar Kenangan

Tadi petang aku menyebuk tolong mak aku masak di dapur. Aku tanya kat mak aku, "mak, mana album gambar ye?". Mak aku kata ada kat dalam laci besi. Aku pun selongkar lah laci tu. Banyak sangat gambar kenangan. Aku keluarkan semua album, letak kat atas meja ruang tamu. Aku dan mak belek satu per satu gambar. Mak tergelak, mak kata, "handsome gak abah ko kan". Haha.. Aku dan mak tergelak. Kat bawah ni aku sertakan beberapa gambar aku yang comel ; ) hehe..
kat majlis perkahwinan kak ita

aku bersama abang izul

aku diapit awek (ika & balqish)

aku bersama abang aku (abang zaki)

aku bersama nenek aku (nenek sebelah mak)

belakang (mak teh, kak ita, mak)
depan (kak nini, aku)
eh, terpegang tangan pulak~

Baru Sahaja Jadi Blogger

Akhirnya, aku sign up juga sebagai seorang blogger. Selepas melihat beberapa blog kawanku, Anis Auni, Izzah Athirah dan Mohammad Haizan, aku teringin buat blog seperti mereka. Bebas untuk berkata dan bebas meluahkan perasaan. InsyaAllah aku akan post yang elok-elok sahaja dan cuba untuk menggunakan ejaan penuh. Bagi mereka yang berpengalaman menggunakan blogspot ni, ajarlah serba sedikit
.