Tuesday, July 5, 2011

Perginya Nenek yang Aku Sayangi


Junior: Abang Awi, parent abang datang kat pos pengawal tu. Pergilah cepat.
Aku:    Ko jangan main-main. Tak kan lah parent abang datang malam-malam ni.

Aku just terfikir mungkin parent aku datang untuk hantar barang-barang yang aku pesan.

Junior: Betul bang. Kitorang tak tipu. Tapi abang sabar ye. Kat dunia ni banyak dugaan.

Aku dah fikir bukan-bukan. Tanpa menoleh, aku berlari anak ke pos pengawal. Terserempak dengan Cikgu Aini, dia tegur.

Cikgu Aini:     Zawawi, bila kakak awak nak datang? Tadi dia kata nak datang ambil awak. Eh, awak tak tahu cerita lagi eh? Nenek awak meninggal.

Aku hanya dapat balas. “inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un”

 

Cikgu Aini:     Mana kad PB awak, cikgu nak tandatangan.

 

Kebetulan pulak time tu, buku PB aku kat Cikgu Hisham.

 

Aku:                Alamak cikgu, kad PB  saya ada kat Cikgu Hisham lah.

Cikgu Aini:     Tak apa. Awak bagi kertas. Cikgu tuliskan surat pengesahan.


Lepas selesai berurusan dengan Cikgu Aini, aku terus ke pos pengawal. Jumpa kereta abah, tapi tak ada orang. Aku keluarkan handphone aku, nak call abah. Tuptup, ada orang jerit nama aku. Sekali pandang, memang aku tak kenal. Gelap. Bila orang tersebut datang dekat baru aku dapat cam. Abang Azam, Abang Izul dan Som. Lepas beberapa urusan, kitorang mulakan perjalanan pulang dalam pukul 11.00 malam.

 

Dalam kereta aku hanya mampu menahan air mata aku daripada mengalir. Melayan lagu-lagu yang berkumandang dari radio Hitzfm. Sebenarnya, aku dah lama homesick. Dah lebih seminggu. Aku rindu rumah. Entah lah, seperti ada yang tak kena. Apa yang dibuat semua tak kena. Mood nak belajar pun tak ada. Masa nenek sakit, aku pernah suap dia. Tolong mak mandikan nenek. Urutkan nenek.

 

aku dan nenek semasa aku kecil

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai. Dalam pukul 1.00 pagi. Aku salam semua tetamu yang ada kat rumah. Sangat ramai. Masuk ke rumah. Aku terus terlihat satu jasad terbujur kaku. Nampak mak, terus aku salam. Cuba menahan air mata daripada mengalir, tapi tak ku mampu. Mengalir laju tanpa sebarang sekatan. Mak tanya, nak tengok muka nenek? Aku hanya menggeleng. Aku tak mahu tangisan aku berterusan.

 

Aku ambil Yassin, aku bacakan untuk nenek di sebelah jasadnya. Semasa aku baca, ada orang selak kain untuk melihat muka nenek. Pergh.. automatik air mata aku laju je mengalir. Terus berhenti baca Yassin. Malam tu, aku tidur lambat. Tak dapat nak tidur. Dalam pukul 4 baru dapat tidur.

 

Keesokannya, ramai tetamu datang ke rumah aku. Aku tolong menguruskan jenazah untuk dimandikan. Aku dan abang aku angkat nenek ke tempat mandian. Terasa badan nenek ringan, tak seperti sebelum ni. Sementara tu, tetamu di luar bacakan Yassin. Aku dapat sembahyang jenazah. Nasib baik sempat. Lepas tu, aku iringi jenazah ke kubur. Aku drive kereta Kembara mak aku. Ingatkan ramai nak tumpang, rupanya semua nak naik kereta sendiri.

 

Masa kat kubur, aku tak berhenti menangis. Itu lah kali terakhir aku dapat lihat wajah nenek aku. Wajahnya cengkung. Terbayang kenangan-kenangan lalu bersama nenek. Selesai urusan pengkebumian nenek, sedara mara yang lain melawat kubur sedara mara diorang.

 

*sori lah kalau ayat aku tunggang langgang. penat sangat time menaip ni.

*dah tak tahu nak ayat camana

Friday, June 24, 2011

Tanggungjawab Sebagai Ibu Bapa

Tiba-tiba aku tergerak untuk menulis berkaitan tanggungjawab ibu bapa ni.. khas untuk panduan Abang Zaki dan Kak Mary yang akan mendapat anak pertama tidak lama lagi, dan amnya untuk semua pasangan ibu bapa di dunia ini..

Abang Zaki dan Kak Mary

Semasa Mengandung

  1.  Ibu bapa hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan perkara maksiat
  2.  Ibu bapa wajib menunaikan kewajipan agama dan bersabar serta melazimi membaca Al-Quran
  3. Bapa hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan berdoa supaya dikurniakan anak yang soleh
  4. Bapa bertanggungjawab memastikan keselamatan isteri dan kandungannya
  5. Ibu dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa sebagaimana dinasihatkan oleh ahli perubatan
  6. Ibu perlu mengawal sistem pemakanan secara seimbang dan mestilah berasal daripada sumber yang halal
  7. Ibu hendaklah banyak berehat untuk mengelak daripada berlaku tekanan perasaan.

Selepas Melahirkan Anak

·         Tanggungjawab terhadap bayi yang baru lahir, ibu bapa disunatkan untuk..
1.       Azan dan iqamat di telinga bayi
2.       Mentahnik – memasukkan buah tamar atau buah-buahan lain yang manis kebahagian atas mulut (lelangit) bayi
3.       Menamakannya dengan nama yang baik
4.       Mencukur rambutnya
5.       Memberi sedekah sekadar nilai emas atau perak yang sama berat dengan timbangan seluruh rambutnya
6.       Melakukan aqiqah dengan menyembelih kambing atau ternakan al-an’am

*sumber: buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5..

Sebenarnya banyak lagi, tetapi ini antara yang penting.. awi doakan abang Zaki dan Kak Mary dapat anak yang soleh/solehah..

Wednesday, June 22, 2011

Blogku Berhabuk


Lama dah tak update blog ni.. tak ada masa nak usik.. kalau diikutkan, macam-macam yang aku nak ceritakan..

Nantikan… aku ingin menulis berkaitan TANGUNGJAWAB KEIBUBAPAAN.. khas untuk kakak dan abangku yang akan mendapat anak pertamanya tidak lama lagi..

Thursday, April 7, 2011

Pertandingan Drama SBP Zon Tengah 2011 - SBP Integrasi Gombak


juga boleh klik link ini

juga boleh klik link ini

Lokasi Pertandingan: SMAP Kajang
Tarikh: 3 April 2011
Hari: Ahad
Watak-watak
1. Princess - Wan Dhiya Athirah
2. Meg - Tasneem
3. Sally and Tutor - Syazwani
4. Nick - Amirul Hakim
5. Guard - Naufal Shahzahda
6. Honor - Izzah Athirah
7. Fairy Godmother - Ameerah Mardhiyah (Pemenang Pembantu Pelakon Terbaik)
8. kids - Aisyah, Nazira Adlin, Qurratu Aini
9. Nanny Janie - Zawani
10. Scribe - Fareez Azfa
11. King - Amiruddin

kru-kru
1. audio and soundeffect - Muhammad Zawawi
2. lighting - Fareez Azfa, Amiruddin, Naufal Shahzahda
3. ketua props - Farah Atikah

Sebelum Pertandingan
 
make up-make up

Selepas Pertandingan
singgah makan-makan kat rumah Que

Friday, March 18, 2011

Message from Puan Saidah

this message is forwarded from Kak Pipah for us reviVena+
kawan-kawan, mari baca ya!

Assalamualaikum w.b. t.
My dear students…
I know, this sudden transfer may come as a shock to all of you
Please, do forgive me for not telling you beforehand
Even without exchanging goodbyes
I am sure that this will not be the end of the road for us
It hurts my heart to leave you, it really does
Just when we were having so much fun together
But nothing, nothing happens without a reason
I may be teaching in another school
I may be mingling with other students
But my heart will always be you
INTEGOMB will stay with me forever…
Do not consider my new school  as an enemy for you to beat
Consider it as a booster for you
To put up your efforts  even harder
And stay on top above others
Take it up as a challenge
I look forward  to see the outcome…
Best of luck to all of you
Even if I have never taught you Physics
I hope that I did teach you one thing
INTEGOMB is a school for CHAMPIONS
Your seniors have proved  it
And so shall you…
Keep it up!
Do not give up
There is still time
But do not waste it
Believe in your teachers
As they believe in you
I have my utmost faith
In all the teachers
I am sure they will lead you to even greater success
I left
Knowing that they are there
To guide you
And to protect you
So long
Till we meet again…

Puan Nor Saidah Che Hassan ( Your Former Teacher )

Thursday, March 17, 2011

Lirik Apa Tu???

cerita dia begini, tadi masa aku kat kedai basuh kereta, aku duduk kat satu side yang memang menghadap abang tu yang gilap lampu depan sampai berkilat. time tu juga lah lagu kat radio berkumandang. lagu malique ft najwa- senyum. abang tu pun ikut lah nyanyi. yang lawak nya, dia nyanyi macam ni

PANCUT luar
PANCUT dalam
PANCUT sana sini
Kalau saya PANCUT
Awak mesti PANCUT sekali
Kalau kita PANCUT
Semua orang berjangkit
Bila semua orang PANCUT
Dunia tiada penyakit

Okey, lirik tu sangat lawak bagi aku. mengilai aku gelak kat situ. tak payah nak cover. tapi, jangan pulak korang nyanyi macam ni eh. sangatlah tidak senonoh :D

Sunday, March 13, 2011

Cikgu Saidah, we love you!!!

Tak tahu nak describe macam mana. Beliau sangatlah berbeza dengan cikgu lain. Banyak tagline dia buat. Coz we're Jabirian. Sometimes, teachers are cheaters. Tak heran pon. etc. Hah, korang bacalah apa yang diorang dah cakap kat blog diorang ni..

  1. Amira Faqihah : http://eyeemaiareyeleventen.blogspot.com/2011/03/hilangnya-dirimu.html
  2. Tasneem : http://aneemjojo.blogspot.com/2011/03/miss-her.html
  3. Tasneem : http://aneemjojo.blogspot.com/2011/03/my-tears-drop-again-when-i-read-this.html
  4. Nuranishya: http://schalicious.blogspot.com/2011/03/kad-yang-kami-buat-untuk-teacher-saidah.html
  5. Nuranishya: http://schalicious.blogspot.com/2011/03/kenangan-kami-bersama-teacher-saidah.html
  6. Izzati Saidi: http://lollmaorotfl.blogspot.com/2011/03/cause-we-are-jabirian.html
  7. Siti Noor Hanis: http://ninisikacak.blogspot.com/2011/03/when-youre-gone.html
Cikgu, saya minta maaf banyak-banyak kalau ada salah silap. Saya selalu tertidur dalam kelas cikgu.. Maaf sesangat. Kat bawah ni, slideshow time majlis perpisahan.. Credit to Ainisya