Saturday, January 7, 2012

Meluah Perasaan: Terasa Seperti Dipergunakan

Saya sayang kawan-kawan saya. Saya suka tolong mereka. Tapi, tak semua lah yang saya mampu tolong. Kadang-kadang saya terasa seperti dipergunakan. Abang saya selalu pesan, "kalau nak tolong orang tu boleh, tapi berpada-pada. Jangan sampai kita dipergunakan".

Alhamdulillah saya ada pelbagai kemahiran. Kemahiran yang tidak diluluskan oleh mana-mana universiti. haha.. Memanglah saya tak cakap yang saya perlukan bayaran bagi setiap khidmat yang saya buat. Tapi tolonglah faham. Kalau hantar kedai, RM50 pun kadang-kadang tak cukup. Itupun kalau berkaitan komputer atau handphone lah. Kalau bab minyak kereta, lagi lah.. Dah banyak melabur. Tolong kawan hantar sana, hantar sini.

Tak bermakna aku nak bayaran tu. Bayarlah dengan apa yang mampu. Belanja makan ke, wayang ke, top-up ke, apa-apa aje lah. Yang penting ikhlas. Kalau setakat terima kasih, dah bosan dengar. Bukan nak berlagak, tapi ni lah namanya luahan hati.

*menaip dengan hati yang pasrah.

hihi. mereka memahami :)

No comments:

Post a Comment